R. Pengajaran


RANCANGAN PELAJARAN HARlAN PRASEKOLAH



Nama Kelas:      Prasekolah Cemerlang

Umur:      6 Tahun

Masa:      8.30-9.20 pagi (50 minit)

Komponen: 

                         a) Bersoaljawab dengan bahasa yang mudah
                         b) Menjawab soalan
                         c) Membunyikan suara haiwan

Tema:               Haiwan

Sub Tema:      Haiwan Jinak

Standard Pembelajaran:

                                     2.2.2 Mengemukakan soalan yang bersesuaian
                                     2.2.4 Bersoaljawab secara spontan

Objektif:

                         Murid dapat mengenal haiwan yang ditunjukkan .
                         Murid pernah melihat haiwan jinak dipersekitaran atau di zoo.

Penerapan Nilai :

                          Bersyukur,mempunyai keyakinan diri dan bersungguh-sungguh.

Bahan/Alatan:

                          Alamat Blog,video lagu,carta lagu,kad perkataan,kad
                          Gambar,lembaran kerja.

Gabungjalin :      Awal sains,Seni Kreatif,Fizikal.




Langkah Isi Kandungan Strategi Pengajaran & Pembelajaran Sumber/ Bahan
Set Induksi
(5 minit)
Lagu Pak Mamat ada Kebun Murid-murid mendengar lagu dan menyanyi lagu dengan bimbingan.

Murid-murid menyanyi mengikut senikata dari video dalam komputer.
Carta lagu video
Langkah I
(10 minit)
Guru memperkenalkan gambar haiwan jinak.

  • a) Ayam
  • b) Itik
  • c) Ikan
  • d) Lembu
  • e) Kerbau
  • f) Arnab
  • g) Anjing
  • h) Kucing
  • i) Burung
  • j) Angsa
Guru menunjukkan gambar haiwan jinak. (8 jenis haiwan jinak)

Guru meminta murid mengenal pasti nama haiwan jinak dan menyebut nama haiwan tersebut.

Guru bersoal jawab dengan murid dan menggalakkan murid bercerita tentang haiwan jinak yang dilihat.
Kad gambar haiwan jinak
Langkah II
(10 minit)
Mengeja nama haiwan jinak. Guru menunjukkan kad gambar haiwan jinak dan nama haiwan tersebut.

Contoh:




Guru meminta murid mengeja perkataan nama haiwan jinak yang ditunjukkan satu persatu.
Kad gambar
Kad sukukata
Kad perkataan
Langkah III
(10 minit)
Membunyikan suara haiwan jinak.

  • a) Ayam
  • b) Burung
  • c) Kucing
  • d) Anjing
  • e) Lembu
  • f) Itik
Guru menunjukkan kad gambar haiwan jinak dan bunyinya.

Murid cuba membunyikan suara haiwan jinak yang ditunjukkan.
Kad gambar
Langkah IV
(10 minit)
Lembaran Kerja
Kuiz
Guru menyediakan soalan untuk menguji murid.
Murid cuba menjawab soalan yang ditunjukkan.

Guru memberi ganjaran kepada murid yang dapat menjawab jawapan dengan betul.
Lembaran kerja
Penutup
(5 minit)
Nyanyian lagu.
Nilai murni - Bersyukur
Guru menerangkan kepada murid tentang nilai bersyukur. Bersyukur kerana Allah menjadikan haiwan untuk kegunaan manusia.

Contoh:
Ayam- boleh dimakan

Murid menyanyikan lagu Pak Mamat Ada Kebun secara beramai-ramai.
Video lagu
Senikata lagu